Kisah purba mengenai asal usul Kampung Serasot bermula semasa dunia kiamat. Terdapat sepasang suami isteri yang diberi gelaran Kisak dan Kisiak yang belayar dengan perahu mereka bernama “LISUONG TABAK atauORUD TABAK” mencari tempat yang sesuai untuk menetap. Mereka belayar membawa semua binatang yang kecil seperti pelanduk, musang, tikus, tupai dan sebagainya. Binatang yang paling besar yang mereka bawa bersama adalah rusa. Binatang seperti singa, gajah dan harimau tidak dibawa itu sebab binatang tersebut tidak didapati di Sarawak.
Mereka belayar mencari tempat yang sesuai didiami. Mereka belayar melalui banyak tempat dan akhirnya mereka bertapak di Gunung Sikung. Dari Gunung Sikung satu kumpulan kemudian merantau keluar ke Bung Muan(sekarang Bukit Peninjau dekat gunung Serembu) dan seterusnya ke Boka Dinding. Dari sana nenek Kekal Koja pergi memulakan satu perkampungan di Bung Bratak bila mana empat buah rumah panjang telah didirikan di kawasan Bung Bratak iaitu, Bung Soring, Bung Bijoring, Bung Gunya dan Bung Samang.
Takut kerana senantiasa diserang atau diancam oleh musuh mereka berpindah ke merata tempat. Salah satu kumpulan telah berpindah ke Bung Jowit (sekarang Gunung Jagoi). Di sana mereka telah mendirikan sebuah kampung di kawasan Bung Semadang (sekarang Tembawang Raya) yang pada satu ketika terbakar. Oleh yang demikian mereka berpindah ke bahagian bawah lagi yang bernama Tembawang Sauh. Malangnya satu kebakaran yang lebih dasyat telah terjadi di tempat itu.
Setelah kejadian malang itu berlaku lima orang telah diutus untuk pergi mencari tempat yang lebih sesuai untuk mendirikan sebuah kampung baru. Mereka adalah datuk Kijuo’, Kasar, Kigat, Kinu dan Kubiah. Setelah berjalan beberapa ketika mereka duduk berehat di tepi sebuah anak sungai kecil yang dipenuhi dengan pokok langsat (lasot dalam bahasa Bidayuh). Mereka berlima berpendapat bahawa tempat itu sesuai sekali untuk mendirikan sebuah perkampungan. Dengan sebulat suara mereka bersetuju bahawa anak sungai itu dipanggil sungai Serasot (a’ang Serasot dalam bahasa Bidayuh) dan sekaligus kampung baru itu diberi nama kampung Serasot. Mulai hari itu sehingga sekarang kampung ini dipanggil Kampung Serasot.
good job!
ReplyDeletetq info
ReplyDelete